Kota Belud Kembali Dilanda Banjir Kilat

Kota Belud Kembali Dilanda Banjir Kilat

0
SHARE
Sumber Foto; 1Sabah

KOTA BELUD – Sebanyak 17 buah kampung di daerah ini terjejas kerana dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat lebat sejak pukul 2 petang kelmarin sehingga pagi ini.

Memetik laporan Kosmo Online, antara tempat yang terjejas banjir ialah Kampung Gunding, Kampung Linau, Kampung Siasai Tamu, Kampung Kota Belud, Kampung Bobot, Kampung Ejuk dan Kampung Menunggui.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Leftenan Kolonel Mohd. Izaimi Md. Daud berkata, hujan lebat yang berterusan menyebabkan paras Sungai Tempasuk, Sungai Abai dan Sungai Kedamaian dekat sini mencecah paras bahaya antara 3.39 meter hingga 6.07 meter sehingga ia melimpah ke kawasan perkampungan terbabit.

“Pada masa sama beberapa jalan seperti Jalan Kampung Bobot, Jalan Kampung Linau dan Jalan Siasai Tamu tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan kerana dinaiki air.

“Sementara itu, Jalan Kampung Kota Belud, Jalan Kampung Menunggui dan Jalan Bypass Lebak Moyoh Kudat pula tidak sesuai dilalui dengan kenderaan rendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, dilaporkan setakat ini tiada penduduk dipindahkan dan pusat pemindahan dibuka.

Sehubungan itu, pihak APM akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa khususnya di kawasan terjejas banjir kilat.

Inline
Inline