‘Ops Noda’; 8 Wanita China Ditahan Jalankan Aktiviti Pelacuran

‘Ops Noda’; 8 Wanita China Ditahan Jalankan Aktiviti Pelacuran

0
SHARE

KOTA KINABALU – Lapan wanita warga China dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran ditahan dalam serbuan di sebuah premis pusat urut di Taipan Commercial, Inanam, dekat sini semalam.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra dipetik berkata bahawa kesemua wanita berusia antara 27 dan 37 tahun itu ditahan dalam ‘Ops Noda’ pada jam 11.05 malam.

“Turut ditahan dalam operasi itu seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun yang merupakan penjaga premis berkenaan.

“Kita turut merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan pelacuran termasuk minyak urut. Antara barangan lain yang turut dirampas ialah wang tunai RM2,950, lesen untuk mengaji pekerja bukan pemastautin dan kertas yang mempunyai kod pekerja serta jenis perkhidmatan yang disediakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Karamunsing untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menjalankan aktiviti pelacuran.