SJKC Di Sarawak Akan Terus Dibantu Oleh Kerajaan

SJKC Di Sarawak Akan Terus Dibantu Oleh Kerajaan

0
SHARE

MIRI – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sarawak akan terus dibantu dari segi peruntukan kewangan memandangkan ia memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan kebangsaan negara.

Menurut kenyataan Bernama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian dipetik berkata bahawa dalam konteks di Sarawak, murid-murid SJKC bukan semuanya berbangsa Cina, malah ada juga bumiputera.

Beliau berkata SJKC perlu mengkaji kaedah pembelajaran, selari dengan dasar ekonomi yang giat dirancang dan dilaksana kerajaan negeri sekarang, katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan cek peruntukan khas kepada 20 SJKC, di sini petang ini.

Untuk rekod, secara keseluruhan sebanyak RM880,000 peruntukan daripada kerajaan persekutuan diberi kepada SJKC dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) yang terletak di Miri, Baram, Subis, Limbang dan Lawas.