VIDEO; Subhanallah!! Jemaah Haji Dari UK Tiba Di Madinah Dengan Mengayuh Basikal...

VIDEO; Subhanallah!! Jemaah Haji Dari UK Tiba Di Madinah Dengan Mengayuh Basikal Selama 7 Minggu..

0
SHARE

VIDEO; Subhanallah!! Jemaah Haji Dari UK Tiba Di Madinah Dengan Mengayuh Basikal Selama 7 Minggu..

MADINAH – Lapan bakal haji daripada UK mengayuh basikal dari Masjid Timur London di Britain, menyeberangi Perancis, Jerman, Austria, Lichtenstein, Switzerland, Itali, Greek, Mesir dan tiba di Arab Saudi akhirnya bagi mengerjakan Rukun Islam yang ke-5 .

Memetik kenyataan akhbar Arab News, dipetik sebagai berkata Taher Akhtar, dari Maidenhead di Berkshire bahawa “kami sudah meredah hujan, panas, ribut pasir dan Alps Swiss,” dengan nada yang penuh beremosi dan menitiskan air mata ketika dia turun dari basikalnya di Madinah.

“Kami pernah berada pada tahap ketinggian 10,000 kaki dan mengalami kebekuan jari dan hidung, namun kerana Allah sentiasa bersama kami, Dia menjadikannya mudah, kami semua merasa dirahmati.

Seorang lagi penunggang basikal, Saifullah Nasser, seorang imam dari Northampton berkata, “Orang dari Rusia dan China pernah berbasikal untuk menunaikan haji pada masa lalu. Kami penggemar sukan berbasikal, namun tidak seorang pun daripada kami adalah atlit profesional. Menunaikan haji tidaklah sukar.

“Saya sudah melakukannya sebelum ini, namun merasakan dalam usaha untuk mengha-rgai ketinggiannya, anda perlu mengalami kerendahannya, dan terdapat beberapa kesukaran daripadanya, namun dengan limpah kurnia Allah, kami sampai dengan selamatnya.”

Mereka meninggalkan Jeddah dengan kereta pada jam 9 pagi Sabtu lalu dan tiba 45km di luar Madinah, di mana mereka disertai dua lagi ahli kelab berbasikal Saudi yang berbasikal bersama bakal haji itu di sepanjang Lebuh raya Hijra.

“Lebuh raya yang kamu lalui ini dibina sama dengan laluan yang Nabi Muhammad S.A.W ambil semasa baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah,” kata pegawai dari Kementerian Kebudayaan dan Maklumat menerangkan sebelum pasukan itu berlepas ke Madinah.

Mereka mengambil masa dua jam, dengan iringan polis dan kenderaan sokongan, manakala ramai yang berhimpun di tepi jalan untuk merakamkan gambar dan bersorak untuk mereka.

Terlalu ramai orang yang melihat mereka sehinggakan penunggang basikal itu terpaksa turun dari basikal 500 meter dari Masjid Nabawi dan meneruskannya berjalan kaki sambil disambut mesra oleh masyarakat Madinah yang berada di sana ketika itu.

Mereka menundukkan kepala sambil berdoa dan berjalan senyap-senyap ke dalam Masjid Nabawi dan bersyukur kerana berjaya menamatkan perjalanannya mereka yang juga bertujuan mendapatkan dana sokongan organisasi kebajikan di Syria.

Mereka akan berehat di Madinah dan memulakan persediaan untuk menunaikan haji yang bermula pada hujung bulan ini.